Siakap Keli

Lelaki Ini Kongsi Pakaian Asas Yang Perlu Korang Bawa Untuk ‘Travel’ Ketika Musim Sejuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Melancong ke sesuatu tempat, sama ada berkumpulan ataupun solo sentiasa menjadi impian setiap orang. Peluang untuk melawat tempat orang bukan datang selalu.

Tetapi sebelum pergi melancong khususnya ke luar negara pada musim sejuk, banyak perkara perlu diambil perhatian. Soal keselamatan, kesihatan, insurans sehinggalah perkara paling penting iaitu dalam pemilihan pakaian yang perlu dibawa.

Bagi menikmati keindahan musim sejuk, anda disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai pada musim itu.

Menerusi perkongsian Khairul Anuar di akaun Facebook miliknya, dia berkongsi beberapa senarai pakaian asas yang mesti disediakan pada musim sejuk.

Ikut rekod abam, musim sejuk adalah paling ramai yg akan join trip abam. Mungkin masing2 ada sebab tertentu…yang paling utama nk merasa salji pertama..🥶🥶
.
So bila nk travel ke negara musim sejuk ni, perkara asas korang kene fikirkan adalah pemilihan pakaian yang betul.
.
Berikut abam senaraikan pakaian asas yang mesti di sediakan ketika musim sejuk. Sekali lagi ia bergantung pada tahap ketahanan badan korang.
.
 Winter jacket (lagi elok kalau jenis down jacket atau yang kalis air dan windbreaker )
 Thermal wear atau long john
 T-shirt jenis wool atau sweater
 Sarung tangan
 Stokin ( elok jenis stokin bulu kambing biri-biri )
 Muffler ( lindung hidung dan muka dari angin sejuk )
 Olive Oil ( minyak zaitun ini sapu seluruh badan termasuk muka untuk elakkan gatal-gatal akibat liang roma terbuka luas )
 Lip Balm atau vaselin ( elak bibir kering dan merekah )
 Hot pack ( jika suhu terlalu sejuk )
 Beanies atau topi ( jika suhu terlalu sejuk )
 Boot ( sangat di cadangkan jika ada salji )
 Ear Muff ( jika suhu terlalu sejuk )

Apa pun pemiliha pakaian ni adalah berdasarkan tahap ketahanan badan korang. Jika korang jenis yang xtahan sejuk, korang leh la memakai secara berlapis atau layer by layer.

Kalau korang pakai T-shirt cotton tanpa thermal dan lepas tu terus pakai jacket ia kurang membantu menghangatkan badan.

Idea nk pakai T-shirt jenis cotton berlapis2 tanpa heat tech adalah idea yg kurang baik sbb nya tujuan korang pakai T-shirt cotton di Malaysia adalah untuk menyejukkan bdn korang dan bukan nk panas kan.

So sila pastikan pemilihan pakaian korang adalah betul. Jika tidak, percutian impian korang akan menjadi percutian ngerian utk korang 😫

NOTE : Esok pls get ready group abam 36 pax untuk jumpa salji pertama korang ✈️✈️.

Sumber : Khairul Anuar

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)