Siakap Keli

Niat Nak Membantu Bertukar Curiga, Lelaki Dipercayai Di Sumpah Seranah Pakcik Minta Duit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedekah menjadi elemen penting yang membantu setiap muslim untuk lebih mensyukuri dan menghargai nikmat serta rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Tidak tertakluk kepada harta benda sahaja, sedekah boleh melingkupi semua aspek  berpaksikan dengan hati yang ikhlas. Pun begitu, ada juga yang terkadang mengambil kesempatan dengan keikhlasan tersebut.

Sama dengan kiriman Man Isaac di Facebook, beliau berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang lelaki yang didakwa cuba untuk menipu dengan meminta duit.

Niat di hati nak menghalalkan cara. Namun bertukar curiga lalu terkeluar semua dusta!! .

Pada pukul 11pagi tadi depan NSK Kuchai Lama. Aku perasan ada satu Pak Cik ni. Duduk di tepi jalan sambil urut dada. Beberapa pekerja NSK datang termasuk aku coba untuk bantu khuatir dia sakit terok dan kami bersiap sedia nak beri bantuan. Dia ada mengadu dia cakap dia sakit dan dah 13hari tak makan. Kebetulan ada peniaga nasi lemak di tepi NSK bungkuskan makanan untuk beliau. Tapi beliau tak nak. Aduhai… Rezeki makanan tak nak pula.. Tak lama lepas tu dia cakap dia ok dah.. Dia cakap nak cari kerja, dapat 2hari kerja dan ada sedikit duit untuk balik ke rumahnya di Pulau Tioman sudah memadai.

Aku offer dia cakap nak hantar ke TBS. Di sana aku akan belikan tiket bus ke Mersing nanti aku bagi lagi duit untuk beliau beli tiket Feri ke Pulau Tioman. Tapi beliau cakap tak nak. Beliau cakap kalau dapat tolong bagi dia RM80. Nanti dia ambil bus Rapid pergi ke KL Sentral dan balik Pulau Tioman dari KL Sentral. Dari situ aku makin curiga.

Aku follow dia dari belakang. Lepas tu dia ulang balik “drama” yang sama. Beberapa orang berbangsa cina cuba nak tolong dan hulur duit. Aku makin tak sedap hati. Aku tegur dia dengan agak tegas dan aku ambil gambar dia. Terus dia teriak2 dan sumpah seranah aku. Oh makin hebat game orang ni. Aku pun call Balai Polis Sri Petaling. Tak lama lepas tu unit peronda sampai. Nak jadikan cerita bila Anggota Polis periksa I.C dia… Alamat beliau di Sungai Buloh. Malah dia Spin cerita cakap aku pulak menipu fitnah cakap dia minta2 duit kat orang.

Moral di sini. Kita sebagai masyarakat. Ada ketika kita kasihan dan prihatin pada orang lain. Namun dalam usaha kita nak membantu, kita pula di sumpah seranah.. Kamu kalau mahu duit dengan mudah. Jangan guna kesempatan atas kesempitan orang lain. Semoga kalian di luar sana sama2 membantu dan sedar pada siapa kita menolong dan dengan siapa kita berbuat baik. Jika kita rasa curiga dan pelik. Terus laporkan pada Pihak Berwajib untuk tindakan.

Sumber: Man Isaac

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra