Siakap Keli

Nyanyi Walau Tak Ditekan Dan Buang Datang Balik, Keluarga Dihantui ‘Elsa’

Sebuah keluarga di Texas buntu setelah tidak dapat menghapuskan patung Elsa yang dikatakan ‘berhantu’ kerana ia akan muncul di kediaman mereka walaupun telah berkali-kali membuang patung tersebut.

Emily Madonia iaitu seorang pemain biola dari Houstan berkongsi pengalamannya dalam kejadian tersebut menerusi Facebook miliknya.

Beliau menjelaskan bahawa anak perempuannya, Aurelia, diberi mainan dari filem animasi Disney Frozen pada tahun 2013 ketika berumur satu tahun.

“Apabila rantainya ditekan, ia akan mengeluarkan lagu ‘Let It Go’ di dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol.

“Kami perasan bahawa beberapa tahun yang lalu, ia mula menyanyi dengan sendiri walaupun suisnya mati,” katanya.

Wanita itu berkata mereka mengambil keputusan untuk membuangnya pada bulan lalu kerana ia kelihatan seperti litar pintas.

Dia menegaskan bahawa suaminya, Mat, meletakkan patung tersebut di dalam beg yang dipenuhi dengan sampah lain dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Seminggu selepas itu, mereka membuka bangku kayu besar di ruang tamu dan mendapati bahawa patung tersebut ada di atas timbunan selimut dan barangan yang lain.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra