Siakap Keli
Kredit: Google

Saintis China Dapati Koronavirus ‘Misteri’ Boleh Bermutasi, Bimbang Tersebar Lebih Jauh

Pegawai kesihatan China mendakwa virus Wuhan yang membunuh 9 orang sehingga hari ini boleh bermutasi dan tersebar dengan lebih jauh.

Sehingga kini, terdapat 440 kes melibatkan virus yang dikatakan berpunca daripada pasaran gelap haiwan liar di Wuhan, China.

Virus itu kini telah tersebar ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Thailand dan Korea Selatan.

Kerajaan China kini dilaporkan berada pada ‘tahap kritikal’ untuk menghalang dan mengawal virus itu dari terus merebak.

Selasa lalu, virus yang berasal dari haiwan itu kini telah disahkan boleh menjangkiti antara manusia (manusia ke manusia).

Timbalan Menteri Kesihatan China, Li Bin berkata penyakit berkenaan tersebar melalui laluan pernafasan.

“Walaupun cara transmisi virus itu belum difahami secara menyeluruh, ada kemungkinan virus boleh bermutasi dan berisiko menyebarkan wabak ini lebih jauh,” kata Li.

Amaran tersebut dikeluarkan setelah jutaan warga China merantau ke seluruh negara sempena cuti Tahun Baru. Ribuan warga China juga dilaporkan keluar bercuti di luar negara.

Li turut berpesan kepada penduduk Wuhan agar menjauhi orang ramai dan mengurangkan perhimpunan awam. Perdagangan melibatkan ternakan ayam, itik dan burung hidup serta hidupan liar juga disekat di bandar itu.

Sumber: BBC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.