Ayah menjadi figura yang mungkin tidak akan dapat dijangka bagaimana sifat dan perasaannya yang sebenar. Kadang ada yang membenci seorang ayah kerana sifat garangnya namun ketahuilah kasih sayangnya melebihi segalanya.
Tidak semua orang dapat atau sempat merasai kasih sayang tersebut. Kita pasti akan merindukan setiap marah dan garangnya seorang ayah apabila mereka telah tiada lagi di dunia ini.
Satu kiriman oleh Khairulnzmsyh telah tular di Twitter apabila beliau berkongsi bahawa pernah menghubungi nombor arwah bapanya dan terkejut apabila ada seorang lelaki yang menjawab panggilan tersebut.
Aku pernah saja2 call no arwah abah aku , and guess what ? Ada sorang pakcik yang angkat , tapi aku tak kenal , cara dia cakap tu sebiji gila macam arwah abah kalau angkat call ;
“ Assalamualaikum siapa disana ? Abah disini “
“ Waalaikumsalam abah. Maaf salah no “ https://t.co/3fZceY30Bj
— 🧸 (@Khairulnzmsyh_) January 18, 2020
https://platform.twitter.com/widgets.js
Sedar tak sedar air mata jantan aku keluar
Diorang takkan rasa menyampah pun sebab kita ni anak dia
Kalau masih punya hati, pergilah hargai dan sanjungi
Perkongsiaan Khairul itu sehingga kini mendapat sebanyak 10.8 ribu retweets dan 12.3 ribu likes dan rata-rata netizen juga dilihat tersentuh.
Sumber: Khairulnzmsyh