Siakap Keli
Kredit Foto: The Washington Post

Singa Zoo Ditemui Kurus-Kering Hingga Nampak Tulang Dipercayai Makan Tak Cukup

Mengejutkan apabila tular beberapa keping gambar mengenai keadaan singa yang kurus kering kerana kekurangan zat makanan dan juga ubatan yang mencukupi.

Kejadian ini berlaku di zoo Afrika di mana terdapat lima ekor singa yang tidak mendapat bekalan makanan yang mencukupi serta tidak mendapat bekalan ubatan sehingga kelihatan begitu kurus dan sakit.

Lebih memilukan melihat keadaan singa tersebut sehingga kelihatan tulang belakang dan tulang pinggulnya.

Kredit Foto: The Washingtons Post

Menurut pegawai di zoo berkenaan, mereka juga terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli makanan kepada singa-singa tersebut kerana bekalan makanan untuk mereka tidak selalunya ada.

Selain itu, singa-singa tersebut telah kehilangan hampir dua pertiga berat badannya yang asalnya.

Kredit Foto: The Wishingtons Post

Bukan sahaja tidak dapat makanan yang mencukupi malah singa tersebut juga tidak dapat rawatan yang diperlukan untuk memastikan kesihatan mereka terjamin.

Sumber: The Washington Post

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.