Siakap Keli

Tak Sampai Sebulan Bersekolah, Anak Ini Retak Tulang Hidung Didakwa Dibuli Budak Darjah 3

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masalah buli terutama dalam kalangan pelajar di sekolah bagai tiada penghujungnya ekoran banyak kes-kes yang dilaporkan berkaitan dengan gejala ini.

Terbaru, tular di media sosial berikutan seorang kanak-kanak dakwa dibuli oleh seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun di sekolah yang sama atas alasan mangsa tidak memberi wang yang dimintanya.

Ikuti penjelasan bapa saudara mangsa untuk lebih faham tentang kejadian yang berlaku.

Biasa dengar kes-kes buli di media sosial , kali ini anak buah saya sendiri kena. Apa salah dia? Apa salah budak sekecik 6 tahun sepatutnya bermula pembukaan sekolah budak sekecik ini gembira bersama kawan-kawan lain.

Namun, lain jadinya bila anak sekecik ni dibuli disekolah hanya kerana di minta duit tapi budak sekecik ini tidak mungkin membawa duit banyak-banyak ke sekolah. Budak yang membuli pulak darjah 3.

Masih terlalu mentah tapi sudah seteruk ini. Sampai anak buah saya terpaksa menjalani pembedahan retak tulang hidung dan darah beku.

Apa yang mengecewakan kami semua pihak sekolah langsung tidak mengambil berat dan peka tentang hal ini. Sekolah dimana ? Itu biar pihak polis sahaja yang akan buat siasatan seterusnya.

Dan kami sekeluarga cukup-cukup terkilan dengan setiap cikgu-cikgu bahkan ketua sekolah atau guru besar sekolah itu sendiri tidak mempedulikan kes sebegini hanya demi menjaga kebaikan nama sekolah .

Sungguh mengecewakan. Saya percaya dengan kuasa viral ini maka cikgu-cikgu pasti mengenali susuk tubuh kecik ni yang berjuang sendiri melawan sakit ini…

Antara simptom yang anak buah saya terpaksa lalui;

1. Darah beku pada hidung
2. Retak tulang hidung
3. Jangkitan kuman dalam darah
4. Terpksa melalui antibiotik untuk 10 hari

Korang boleh bayangkankah? Cik Siti ni ibunya yang terpaksa tinggalkan baby 7 bulan di rumah semata-mata untuk ulang alik ke hospital tengok anaknya.

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)