Siakap Keli

Australia ‘Diserang’ Api Lagi, Kini Merebak Hingga Ke Canberra Sehingga Operasi Penerbangan Dibatalkan

Australia dikejutkan lagi dengan kejadian kebakaran. Kebakaran tahap kecemasan telah merebak ke Sungai Molonglo berhampiran pinggir bandar Canberra Beard. Perkara tersebut telah memaksa lapangan terbang Canberra untuk membatalkan semua penerbangan masuk dan keluar.

Kebakaran dikatakan berlaku semalam di Redwood Forest di Pialligo, menghampiri Beard, Oaks Estate dan Queanbeyan Barat termasuk Crestwood.

Api mulai marak hingga ke Jalan Kallaroo, yang bermula di pinggir bandar Pialligo pagi ini. Perkara tersebut membuatkan amaran kecemasan telah dikeluarkan.

Penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Canberra telah dibatalkan. Lapangan terbang itu berkata ia tidak dipindahkan. Tetapi menasihati orang untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat terkini.

ESA telah menasihatkan bahawa orang-orang di Brindabella Business Park, berhampiran Lapangan Terbang Canberra berada dalam keadaan selamat dan pemantawan akan sentiasa dilakukan.

Agensi Perkhidmatan Kecemasan ACT (ESA) telah menasihatkan bahawa orang-orang di kawasan terdekat “berada dalam bahaya dan perlu mencari perlindungan segera apabila api melekat”.

“Memandu sekarang sangat berbahaya dan berpotensi mematikan,” kata kenyataan itu.

Perkara tersebut telah menjejaskan penglihatan dan kualiti udara mereka yang berada dikawasan itu.

Dikatakan pemandaman kebakaran dari pengkalan Richmond RAAF telah dilakukan dan sebanyak 737 liter air telah dihantar dalam usaha memadamkan kebakaran.

Sumber : Daily Mail , abc

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)