Siakap Keli

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan – Ketua Pengarah Kesihatan

Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019-nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki di Sabah.

Menerusi ujian makmal yang dijalankan, tiga daripada individu yang disyaki dijangkiti coronavirus 2019-nCoV, telah disahkan sebagai negatif.

Manakala, seorang lagi individu masih dirawat di wad isolasi dan keputusannya masih belum diketahui.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting ke Wuhan, China, serta lain-lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan coronavirus.

Memetik Bernama, nasihat perjalanan itu dikeluarkan susulan keputusan pihak berkuasa China menyekat sebarang perjalanan keluar dari Wuhan berkuat kuasa Khamis (23 Jan), di samping keputusan beberapa syarikat penerbangan menggantung operasi penerbangan mereka di Wuhan sehingga notis selanjutnya.

Sumber : Bernama, Twitter Noor Hisham

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra