Siakap Keli
Kredit: Google

Enjin Pesawat Malindo Alami Kebakaran Kecil, Penerbangan Dibatalkan

Petaling Jaya, 23 Jan – Malindo Air mengesahkan salah satu enjin kapal terbang OD 1231 mengalami kebakaran kecil ketika di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 8.10 pm semalam.

Menurut Malindo Air, penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu dijadualkan berlepas dari Kota Bharu pada 7.10pm dan dijangka tiba di Subang pada 8.15 pm.

Kesemua 43 penumpang yang terjejas bersama 4 kru kapal telah dipindahkan melalui dua penerbangan berikutnya dari Kota Bharu dalam keadaan selamat.

Malindo Air memohon kemaafan atas kesulitan yang berlaku dan mendakwa penyelenggara sedang menjalankan pemeriksaan segera bagi memastikan keselamatan umum.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.