Siakap Keli

Ibu Dakwa Terima Notis Peringatan Dari JPJ, 3 Anak Tak Pakai ‘Car Seat’ Di Tempat Duduk Belakang

Susulan daripada isu kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bermula 1 Januari 2020 di dalam kenderaan bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Namun, isu lain pula timbul apabila seorang wanita menunjukkan notis peringatan daripada anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  menasihatnya untuk menggunakan CRS sekiranya membawa penumpang kanak-kanak.

“Dapat surat cinta dari abang JPJ, bila JPJ buat roadblock kau kena tahan, sebab anak ko belakang tak pakai carseat. Anak 3 orang tak kan 3 carseat belakang penuh.”

Kata wanita ini lagi, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini juga akan berkuatkuasa pada bulan Jun nanti. Kanak-kanak yang dikenakan untuk berada dalam CRS tersebut iaitu dari umur 0 bulan hingga 12 tahun.

 

Sumber: Izwa Syafiqa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)