Siakap Keli

Ibu Terbang Dari London Hingga Berlin, Hanya Guna Passport Anak

Seorang ibu bertindak menaiki penerbangan ke Jerman menggunakan pasport bayi lelakinya tanpa disedari oleh kakitangan lapangan terbang.

Wanita itu dikatakan telah menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London, United Kingdom ke Berlin, Jerman dengan mengguakan dokumen bayinya secara tidak sengaja.

Dia hanya menyedari perkara tersebut apabila sudah tiba di ibu negera Jerman, semasa pemeriksaan di kaunter pasport.

Wanita itu berasal dari London dan dikatakan telah terkandas di bandaraya itu untuk pulang ke negara asalnya.

Sejurus dengan kejadian itu, dia terpaksa meminta bantuan daripada sepupunya untuk mengambil pasportnya itu dengan menaiki penerbangan ke Berlin.

Wanita itu mendakwa insiden itu tidak disengajakan meskipun pegawai Luton mengimbas dokumen tersebut.

Pegawai imigresen di Berlin telah memberi kebenarannya masuk ke negara itu apabila saudaranya itu menghantar salinan pasportnya itu.

Katanya, dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku. Pihak kakitangan sebuah syarikat penerbangan boleh membiarkannya menaiki penerbangan tanpa mempersoalkan dokumennya.

Insiden itu dikatakan sedang disiasat bagaimana wanita terbabit boleh menaiki penerbangan dari Luton ke Berlin tanpa dokumen yang sah.

Sumber: Daily Star

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)