Siakap Keli

Kemalangan Serendah 0.3 Peratus, Perlis Diiktiraf Negeri Paling Selamat Di Jalan Raya

Sering dikatakan sebagai negeri yang kecil dengan jumlah rakyat yang paling rendah. Siapa sangka Perlis berjaya diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya dengan kadar kemalangan serendah 0.3%.

Kadar peratusan yang rendah ini sekaligus menempatkan Perlis sebagai negeri dengan kadar kemalangan terendah berbanding negeri-negeri lain.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, perbandingan yang dibuat bukanlah berdasarkan saiz negeri sebaliknya dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Kadar kemalangan yang rendah sekaligus menunjukkan kadar kepekaan yang tinggi di kalangan rakyat Perlis.

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina ini, kempen Op Selamat telah dilancarkan.

Operasi itu dilakukan bagi memfokuskan kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan melanggar lampu isyarat.

Sumber : MauKerja

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)