Seoul : Syarikat penerbangan rasmi Korea Selatan, Korean Air Lines Co., pada Khamis berkata ia akan menggantung penerbangannya ke Wuhan, sebuah bandar di China yang menjadi pusat penularan virus baharu yang mempunyai gejala seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), menjelang akhir bulan ini, lapor agensi berita Yonhap.
Langkah itu diambil selepas pihak berkuasa China membuat keputusan untuk tidak membenarkan kebanyakan penerbangan masuk dan keluar bagi laluan domestik dan antarabangsa di lapangan terbang tersebut mulai Jumaat.
Korean Air ketika ini mengendali empat penerbangan seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ke Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.
“Kami akan memaklumkan pelanggan kami mengenai pelan penggantungan itu dan akan membuat keputusan berkaitan penerbangan pada masa akan datang (ke lapangan terbang di China) mengikut pelan pihak berkuasa China,” kata seorang jurucakap wanita syarikat itu.
Korea Selatan pada Khamis telah mengeluarkan nasihat perjalanan bagi Wuhan yang terletak di China tengah selepas ia melaporkan kes pertama yang disahkan sebagai koronavirus pada Isnin.
Pihak berkuasa bertindak agresif bagi mencegah penularan koronavirus, yang mempunyai kesamaan genetik dengan SARS, yang meragut kira-kira 650 nyawa di China dan Hong Kong pada 2002-2003.
Menerusi kerjasama yang erat dengan kementerian pengangkutan dan kementerian kesihatan, Perbadanan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (IIAC), pengendali gerbang utama Korea Selatan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, berkata ia akan mengguna pakai langkah kuarantin yang lebih ketat terhadap semua penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu.
Dalam pada itu, Filipina turut melakukan perkara yang sama.
BREAKING: Civil Aeronautics Board suspends all flights to the Philippines from Wuhan City in China due to the outbreak of the new coronavirus https://t.co/sDo55hwVGt pic.twitter.com/rH1tgqA3jz
— CNN Philippines (@cnnphilippines) January 23, 2020
Sumber : Bernama, CNN Philippines