Siakap Keli

“Maafkan Mama Tak Tahu..” Ibu Dakwa Anak Meninggal Sebab Influenza, Ralat Tak Cukup Ilmu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dunia ketika ini sedang diselubungi dengan kebimbangan terhadap wabak koronavirus yang setakat ini mengorbankan 17 orang di China sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai ‘kecemasan kesihatan awam’.

Di Malaysia pula, kemunculan penyakit influenza memperlihatkan orang ramai terus berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelak daripada penyakit tersebut terus merebak. Keadaan ini juga menyebabkan sekolah di beberapa buah negeri ditutup bagi mengelakkan jangkitan menular dalam kalangan pelajar.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil ringan mengenai langkah-langkah pencegahan agar penyakit influenza tidak terus merebak. Jika tidak dirawat dengan sebetulnya, influenza boleh menjadi virus yang ‘membunuh’ manusia.

Menerusi satu kiriman di Facebook, Farrah Meklehs  berkongsi  mengenai anak kecilnya yang meninggal dunia didakwa akibat virus influenza dan menasihatkan orang ramai untuk lebih berjaga-jaga.

Hari ini 23/1/2020 sekiranya arwah masih ada,genaplah umurnya 4 tahun

Harini aku cita sikit macam mana arwah pergi meninggalkan kami, dia salah seorang mangsa influenza.

Yang pasti kami suami isteri tak tahu dimana arwah dapat jangkitan (tapi kami ade ke airport hantar family pergi umrah)

Influenza ni cepat merebak dan kena cepat dapatkan rawatan…jangan jadi macam aku kerana sibuk oncall anak demam lambat dapatkan rawatan.

Pukul 10pm anak dah start menggigil demam 40.4 darjah, arwah masih boleh senyum.

Pada 11/11/18,3 am arwah dah start demam dan aku bagi supp VOREN alhamdulillah demam kebah, pada pukul 7pm pada hari sama arwah demam lagi,supp VOREN diberi lagi, tapi demam tak turun, aku buat tepid sponging (mandi berjelum) tapi masih tak kebah…(dalam masa sama dilema nak pergi klinik untuk rawatan sebab aku oncall tak tahu nak pass kat sape,nilah keputusan paling bodoh sekali yang pernah aku buat) pukul 10pm anak dah start menggigil demam 40.4 darjah, arwah masih boleh senyum nak tak nak redah je ke klinik swasta…sampai sana alhamdulillah takde patient, masuk jumpa dr,(yang ni part paling aku nak marah sampai nak saman dr nih) dr cuma amek temp tanpa sentuh anak aku, cakap tanya demam bila tak cek pernafasan ke ape, cek tekak pon tak, dia cakap demam biasa, sebab aku dah bagi supp VOREN, dr tak bagi ubat dah,katenya balik jelum je.

Otw ke hospital anak aku macam dah drowsiness dah, pastu dia start sawan

Balik dari klinik dengan tanpa ubat aku tak sedap hati direct ke HTAA…otw ke hospital anak aku macam dah drowsiness dah, pastu dia start sawan…aku dalam keta rase lama sangat perjalanan nak sampai ke hospital…sampai ke hospital  terus masuk red zone…arwah masih drowsy lagi, dr bagi supp valium dengan supp paracetamol dan on oksigen high flow mask…dalam masa sama kena mandi bjelum…anak aku dah menggigil…team peads dah datang dan suruh admit…otw nak naik anak sawan lagi, iv valium diberi lagi

Lebih kurang pukul 1am ade kat atas kena temu ramah dengan HO, anak aku tidur(kurang sikit risau, tapi sebenarnya mase tu la anak aku dah start nak brain death) aku tukar shif dengan papa dia jaga arwah…si abang tak boleh naik, jadi aku decide untuk balik memandangkan abangg penat nak tido ( masa tu aku terlalu mengantuk, tak tahu lah kenap) lebih kurang pukul 3am papa dia call guna telefon hospital katanya anak kritikal dah buat CPR aku menggigil, tinggalkan abangnya pada kakak balqis.

Lepas check dr keluar dari bilik rawatan dr beritahu tiada harapan dah sebab arwah internal bleeding

Sampai di wad, anak aku ditolak ke picu…wayar berselirat di seluruh tubuh arwah aku tanya suami aku kenapa jadi makin teruk? Suami aku cakap Dr suruh lap badan anak pastu anak berak banyak sangat…lepas tukar pampers arwah berhenti bernafas,suami angkat dia dan tepuk banyak kali,dan akhirnya bernafas + muntah darah…dr datang dan tolak arwah ke bilik rawatan…lepas check dr keluar dari bilik rawatan dr beritahu tiada harapan dah sebab arwah internal bleeding dan dah brain death(aku dengar brain death terus rase luruh jantung, dengan kata lain anak aku dah tak ade) tapi suami aku suruh dr selamatkan jugak, jadi dr buat CPR dan beri bantuan pernafasan ventilator…luluh hati aku, aku tahu,aku hanya melihat jasad anak aku, aku tak mampu nak beritahu suami apa sebenarnya berlaku,dia sangat rapat dengan arwah dalam masa sama aku berdoa supaya diberikan keajaiban, kebetulan semua family aku ada di Mekah, aku minta mereka doakan dan solat hajat untuk anak aku.

Hari berganti hari, tapi keadaan arwah masih sama…pada hari khamis 15/11/18 dr putuskan utk menukar ventilator kepada bantuan pernafasan lain(aku dah lupa nama dia + aku takde kat situ sebab balik rumah untuk mandi) dapat panggilan dr suami beritahu arwah dah sangat kritikal sampai sana arwah hembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05am…dia pergi dalam keadaan aku keseorangan, semua family tiada untuk uruskan arwah…mujurlah saudara terdekat ade dan sedia hulurkan bantuan.

Ternyata arwah pergi kerana influenza B dan baru aku tahu pemberian VOREN menyebabkan dia makin teruk

Diagnosis arwah semasa meninggal meningoencephlitis…tapi tu bukan final diagnosis sebab masih ade beberapa test masih pending…beberapa hari selepas arwah pergi, result swab ETT sampai, ternyata arwah pergi kerana influenza B dan baru aku tahu pemberian VOREN menyebabkan dia makin teruk (Maafkan mama,mama tak tahu baby kena influenza)

Dari dulu lagi arwah guna supp VOREN untuk turunkan suhu badan…alhamdulillah takde pape, tapi hari tersebut (mungkin sudah tertulis ajalnya) supp VOREN telah buat anak aku brain death dan pergi selama-lamanya…pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab ape, untuk keselamatan, gunakan supp paracetamol sahaja (mengikut berat anak dan dos) bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku…sekarang aku sedar, aku belum cukup ilmu, sekadar mendengar pendapat kawan-kawan dalam merawat anak…kadang-kadang rasa sangat-sangat bersalah pada arwah. Lebih baik jumpa doktor sebelum memberi apa-apa ubatan pada anak…

Pada anak mama Nik Mohamad Mu’adz, maafkan mama tidak menjaga baby dengan baik & tidak menjadi mama yang baik, mama rindu baby. Hero mama sentiasa berada di dalam hati mama jumpa nanti di syurga.

Dan aku, redha dengan pemergian anak tercinta, aku telah di diagnosed dengan depression (MDD), hanya masa mengubati nyawaku yang separuh hilang…alhamdulillah aku semakin pulih dr MDD walaupun masih dalam rawatan…bukan senang menerima hakikat, berat mata memandang, berat sangat bahu ini yang memikul.  Jagalah amanah Allah sebaik-baiknya, curi lah masa untuk bermain-main dengan mereka, jangan sampai 1 masa kita menyesal, dan kita tidak dapat mengundurkan masa itu.

#NikMohamadMuadz
#23/1/16-15/11/18
#Alfatihah
#AnakSyurga
#influenzaBvictim

Sumber: Farrah Meklehs

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra