Siakap Keli

Majlis Kahwin Anak Bulan Depan, Ibu Dengan Bapa Pengantin Dipercayai Hilang Larikan Diri

Bagaikan filem Hindustan, sepasang kekasih terpaksa membatalkan perkahwinan mereka selepas bapa pengantin lelaki melarikan diri bersama ibu pengantin perempuan untuk ‘menghidupkan’ kembali percintaan lama mereka.

Pasangan yang telah setahun lebih berkenalan itu sepatutnya mengikat tali perkahwinan pada minggu kedua bulan Februari nanti di Surat, India. Pun begitu, ibu dan bapa mereka telah 10 hari melarikan diri.

Menurut satu laporan oleh Times of India, bapa pengantin lelaki yang berusia 48 tahun itu seorang ahli perniagaan dan anggota parti politik tempatan. Beliau lari dari rumahnya di Katargam sejak 10 Januari lalu bersama wanita 46 tahun yang tinggal di Navsari.

Saudara terdekat mendedahkan bahawa kedua-duanya kenal sejak dari kecil lagi dan tinggal di kejiranan yang sama.

Rupa-rupanya, mereka juga menjalin hubungan sebelum ibu pengantin perempuan bertunang dengan suaminya. Kejadian tersebut membuatkan keluarga kedua belah pihak menanggung malu.

Sumber: Tribune India

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra