Siakap Keli

“Mama Meninggal Dekat Nenek”, Ditanya Siapa Anak Yatim, Jawapan Budak Darjah 1 Buat Cikgu Pening Kepala

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjadi guru atau cikgu bukanlah suatu tugas yang mudah. Selain daripada menyampaikan ilmu, guru juga diamanahkan untuk mendidik anak bangsa bagi menjadi insan yang berguna kepada negara.

Seperti yang diketahui, seorang guru perlu menjaga berpuluh-puluh murid didalam kelasnya. Disebabkan murid yang ramai, jadi guru ini terpaksa melayani kerenah serta telatah anak muridnya itu.

Seorang cikgu yang bernama Mohd Fadli Salleh, ada berkongsikan berkenaan kisah telatah yang mencuit hati daripada anak muridnya di sekolah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Hari ini Kak Aziah datang ke sekolah sampaikan hadiah dan juga kiriman sumbangan kawan-kawan dia untuk Dana Kita.

Yang kelakarnya, lepas aku dapat sekotak pensel warna ni aku terus bergerak ke kelas tahun 1. Aku ketuk pintu, minta izin guru semasa dan bertanya,

“Siapa anak yatim?” Sunyi sepi satu kelas.

“Awak tahu tak anak yatim tu apa?” Sekelas geleng kepala.

“Oh, okey. Cikgu tukar soalan. Siapa yang ayah atau mak dia dah meninggal?”

Seorang murid angkat tangan. Murid lain terkebil-kebil.

 

“Oh, ayah awak dah meninggal ke?” Dia angguk kepala.

“Habis tu awak tinggal dengan siapa? Dengan mak? Ke dengan nenek?”

“Saya tinggal dengan pengasuh. Papa dan mama meninggal pergi kerja.”

Terus aku rasa nak panjat tiang bendera tadi. Guru perempuan yang ada dalam kelas gelak sambil tutup mulut dah. Murid lain yang awalnya terkebil-kebil pakat mula angkat tangan,

“Cikgu. Ayah saya meninggal juga.”

“Saya pun. Mama meninggal dekat nenek baru pergi kerja,” sahut yang lain.

“Sudah. Sudah. Cikgu tak nak agih la kat kelas awak hari ni. Nanti hari lain cikgu datang. Cikgu check senarai nama dengan guru kelas lah. Tak boleh harap kat awak ni. Tak faham apa.”

Terus aku berlalu pergi cari anak yatim dan murid dari keluarga bercerai di tahun 2 dan 3 untuk agih warna, buku doodle dan lebihan Calips tempoh hari.

Tak boleh tanya murid tahun satu awal tahun begini. Banyak vocab belum mereka kuasai.

Ada ke patut ayah meninggal kat rumah pengasuh untuk pergi kerja. Hari-hari la mak ayah meninggal kemudian balik semula.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.