Siakap Keli

Pakai Topeng Boleh Menghentikan Penyebaran Virus?

Penggunaan topeng untuk mencegah jangkitan adalah popular di kebanyakan negara di seluruh dunia terutamanya China yang memperlihatkan wabak koronavirus yang sedang berlaku sekarang ini.

Virologist ragu-ragu mengenai keberkesanannya terhadap virus-virus di udara namun terdapat beberapa bukti yang mencadangkan topeng boleh mengatasi penghantaran kuman dari tangan ke mulut.

Topeng-topeng pembedahan pertama kali diperkenalkan ke hospital-hospital di akhir abad ke-18 tetapi mereka tidak membuat peralihan untuk kegunaan awam sehingga berlakunya wabak selsema Sepanyol pada tahun 1919 yang membunuh lebih 50 juta orang.

Dr David Carrington dari St George, University of London, memberitahu media bahawa rutin memakai topeng pembedahan bagi orang awam adalah perlindungan yang tidak efektif mengatasi bakteria atau virus yang dibawa di udara.

Namun ia mampu membantu mengurangkan risiko mengatasi virus melalui ‘percikan’ dari bersin atau batuk dan memberikan perlindungan terhadap penghantaran dari mulut ke mulut.

Kajian dari New South Wales pada 2016 mendedahkan orang ramai menyentuh muka mereka 23 kali pada setiap jam.

Profesor virologi molekular di Univercity of Nottingham , Jonathan Ball, berkata dalam satu kajian yang dikawal dengan baik dalam suasana hospital, topeng muka adalah baik untuk mencegah jangkitan influenza sebagai respirator buatan.

Cara terbaik untuk mengelak daripada virus seperti selsema adalah dengan selalu membasuh tangan dengan sabun dan air suam, elakkan dari menyentuh mata dan hidung serta mengekalkan gaya hidup sihat.

Sumber: BBC News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra