Siakap Keli

WHO Kongsi 4 Cara Terbaik Setakat Ini, Hindar Diri Dari Terkena Jangkitan Koronavirus

Penularan kes wabak koronavirus berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Setakat ini sembilan maut akibat virus itu manakala lebih kurang 400 lagi telah dijangkiti.

Anda boleh menghindari dan mengelakkan diri anda daripada penyakit ini dengan beberapa cara iaitu :

  •  Menurut World Health Organization, elakkan berhubung rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit penafasan seperti batuk dan bersin.

Gejala lain dari virus ini adalah termasuk demam dan sesak nafas. Kes yang lebih teruk boleh membawa kepada pneumonia, kegagalan buah pinggang dan juga boleh membawa kepada kematian.

  • Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali cuci untuk kedua belah tangan.
  • Jika anda sakit, tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
  •  Jika anda atau doktor anda mengesyaki anda terkena jangkitan koronovirus, anda disarankan memakai topeng/surgical mask.

Sumber : CNN

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)