Siakap Keli

Pelajar Intern Terima Elaun Kurang Dari Sepatutnya, Boleh Buat Laporan Di Portal Khas – Syed Saddiq

Ekorang usaha Menteri Belia dan Sukan , Syed Saddiq yang memperjuangkan hak golongan belia terutamanya pelajar mengenai pembayaran elauan interim kepada pelajar praktikal. Rata-rata belia terutamanya pelajar memberi sokongan terhadap usaha ini.

Hari ini, Syed Saddiq memberi hujah tentang kejayan-kejayaan inisiatif ‘Paid Internship’ yang bermula sejak Ogos 2019 yang lalu.

2. Kerajaan telah memutuskan untuk meningkatkan elaun pelatih kerajaan 3x ganda kepada RM900/bulan. Ini langkah paling drastik dan cemerlang oleh kerajaan.

Saya percaya manfaat besar akan dinikmati semua intern kerajaan.

3. Portal paidinternship.my telah dilancarkan untuk memastikan laporan mudah dibuat oleh pelatih & pematuhan kepada pekeliling kerajaan. Setakat ini, kami telah terima 728 laporan di 472 institusi awam dan swasta.

4. Langkah seterusnya. Kami akan rancang pertemuan lanjut bersama Kem. Sumber Manusia dan JPA untuk pastikan pematuhan 100%. Anak muda adalah tanggungjawab kerajaan.

Saya mahu anak muda menjadi fokus dan tumpuan paling besar oleh kerajaan Malaysia.

 

Sumber: Syed Saddiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang