Siakap Keli

“Saya Restu Dia Peluk Islam Dan Minta Suami Jadikannya Wanita Muslimah Sebaik-Baiknya” – Ibu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah jika ada antara ahli keluarga yang menukar agama atau menganut agama lain selain dari agama yang diamalkan oleh keluarga.

Menerusi perkongsian di Facebook Anty Kilin, wanita ini telah berkongsi kisah tentang dua anak perempuannya yang berlainan agama. Kisah beliau ini boleh dijadikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang mungkin berhadapan dengan situasi seperti ini.

Sumandak saya yang saya sayang..

Mungkin kamu terpisah oleh dua agama yang berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting kasih sayang seorang ibu ini tidak akan berubah walau macam mana pun. Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari rahim yang sama, susu gantung yang sama.. keluar dari tempat yang sama, pendek kata ibulah syurga pertama kamu dan jangan sesakali saling bermusuh atau memburukkan antara satu sama lain. Hormati dia sebagai kakak dan dia akan menghormati kau sebagai adik.

Restu dan doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu mcmana..

Anak Sulung
Saat dia memilih untuk memeluk agama Islam, saya telah memberikan restu seikhlasnya dan meminta bakal suaminya untuk menjadikannya sebaik baiknya wanita muslimah..

Anak Kedua
Mami.. saya mau masuk sekolah AlKitab.. Saya mau memberikan tumpuan pada gereja, supaya saya boleh mendoakan semua orang… “

Apa lagi yang saya boleh katakan.. selain daripada memberikan restu kepada apa yang mereka sudah pilih.. Anak anak saya terbaik, walaupun saya bukan lah ibu yang terbaik.

Sumber : Anty Kilin

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)