Klang, 23 Jan – Seorang maut manakala dua lagi cedera setelah seorang lelaki dipercayai emmandu kenderaan pick up Ford Ranger merempuh ketiga-tiga mereka dalam satu kemalangan di Jalan Kebun, di sini pagi tadi.
Menurut laman facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia, pemandu berkenaan didakwa mabuk.
Dalam kejadian itu, pemandu itu dikatakan melanggar tiga buah motosikal sebelum merempuh penghadang parit.
Suspek telah ditahan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Dalam satu video yang tular di laman sosial, seorang mangsa yang terselamat mendakwa mereka telah dilanggar dari belakang oleh pemandu berkenaan.
“Dia straight, dia terus hentam kitorang!” katanya penuh kemarahan.
“Woi berapa motor you hentam?”
“Tengok, satu (seorang) dah meninggal,” kata salah seorang saksi di tempat kejadian.
Menurut video berkenaan, pemandu itu dikatakan tidak turun dari kenderaan untuk melihat keadaan mangsa sehinggalah dia diheret keluar.




