Siakap Keli

Taruh Nyawa Sendiri, Lelaki Maut Cuba Alih Serpih Tayar Lori Pecah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia yang bernyawa pasti akan merasai mati. Namun, yang membezakan setiap manusia adalah pengakhiran hidup yang baik atau sebaliknya.

Perkongsian oleh seorang individu, Nurhazman Ridzuan, melalui facebooknya ini ternyata memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.

Dia menyaksikan sendiri bagaiman seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian mengerikan tetapi sempat melakukan kebaikan di mana amalannya itu akan dihitung oleh Allah kelak.

Moga arwah yang berhati mulia ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertakwa. Ikuti perkongsian ini.

Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!!

Hari ini menyaksikan peristiwa yang mengerikan.. Seorang contractor binaan berbangsa Melayu dilanggar oleh lori 3 tan di Highway Plus.. Meninggal ditempat kejadian.

Berpunca dari beliau ingin mengalihkan tayar lori pecah diatas jalan raya. Semasa ketibaan aku, dia masih hidup lagi dalam keadaan tercungap. Jadi aku hanya mampu teduhkan beliau menggunakan reflector sahaja.. 

Dari segi rupa aku sangkakan cina..Rupanya melayu setelah dijelaskan oleh pekerja beliau yg memakai topi warna Chocolate..

Niatnya sangat murni..Aku percaya arwah adalah seorang yg kuat sedekah sehinggakan perkara dipengakhiran hayat dibuatnya adalah sedekah..  Hayati hadis dibawah :-

Dari Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan membuangkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sedekah”.

(HR Bukhari No: 2767) Status: Hadis Sahih

Pengakhiran yang mulia.. Semoga Allah swt mengampunkan dosanya beserta ditempatkannya dikalangan orang2 beriman..

Sumber : Nurhazman Ridzuan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra