Siakap Keli
Gambar: CNA

Terkini: Singapura Sahkan Kes Pertama Virus Wuhan

Singapura pada Khamis (23 Januari) mengumumkan kes pertama bagi virus Wuhan, wabak coronavirus yang telah menyerang ratusan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang setakat ini.

Dalam taklimat media pada petang tadi, Kementerian Kesihatan negara itu berkata pesakit adalah lelaki berusia 66 tahun.

Lelaki tersebut merupakan warga Wuhan yang telah tiba di Singapura bersama keluarganya pada 20 Januari yang kembali dari Guangzhou melalui penerbangan China Southen CZ251.

Pesakit tersebut kini telah diasingkan di Hospital Umum Singapura dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut portal media tempatan, lelaki itu mengalami sakit tekak ketika penerbangan walaupun tidak mengalami demam. Pada hari yang berikutnya, lelaki itu mula demam dan mula batuk.

Sumber: Channel News Asia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra