Siakap Keli
Gambar: Times

Toyota Dan Honda Bakal Panggil Semula Jutaan Kereta Ekoran Masalah Beg Udara

Dua pengeluar kenderaan terbesar Jepun, Toyota (TM) dan Honda (HMC), ‘memanggil’ semula berjuta-juta kereta keluaran mereka kerana dikhuatiri terdapat masalah pada bahagian beg udara.

Menurut Toyota pada Selasa, mereka akan memanggil semula 3.4 juta kereta kerana terdapat potensi kerosakan yang boleh menyebabkan kegagalan perlindungan kepada pengguna ketika kemalangan.

Antara model yang terjejas melibatkan negara Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan termasuklah model Corolla, Corolla Matrix, Avalon, dan Avalin HV yang dihasilkan di antara tahun 2010 hingga 2019.

Tambah Toyota, mereka khuatir sekiranya ECU di dalam kereta mereka tidak berfungsi dengan baik disebabkan bunyi-bunyi tertentu yang boleh menyebabkan kegagalan beg udara atau alat pengangkat tali pinggang keledar. Syarikat itu merancang untuk memberitahu semua orang yang terjejas terutamanya di Amerika Syarikat pada pertengahan bulan Mac.

Pemandu akan diminta untuk mendapatkan pemeriksaan di Toyota, di mana mereka boleh ditawarkan penapis bunyi baru untuk mengurangkan masalah komunikasi sensor sekiranya perlu.

Dalam pengumuman yang lain pada hari Selasa, Honda juga berkata akan memanggil semula 2.7 juta kereta berjenama tersebut. Panggilan semula itu adalah meliputi sebanyak 2.4 juta di Amerika Syarikat dan 300 ribu di Kanada.

Syarikat pengeluar kenderaan itu berkata, beberapa Acuras yang dihasilkan antara tahun 1996 hingga 2003 berkemungkinan mempunyai masalah inflator udara takata yang tidak berfungsi dengan baik. Mereka juga memanggil pemilik kereta untuk melakukan pemeriksaan supaya kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: