Siakap Keli

(Video) Macam Mana ”Braces” Betulkan Gigi Berterabur, Ini Proses Yang Berlaku

Pasti ramai diantara kita yang pernah memakai pendakap gigi dan pernah ada kenalan yang memakainya.

Pemakaian pendakap gigi ini kini telah menjadi trend terutamanya kepada golongan muda. Selain dapat membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur, ianya juga dapat merubah senyuman seseorang itu supaya menjadi lebih manis lagi.

Untuk mendapatkan hasil yang baik, pemakaian pendakap gigi pastinya akan memakan masa yang lama. Sungguh pun pada awalnya ianya agak sakit dan akan berasa sedikit janggal, namun keperitan itu pastinya akan terubat setelah melihat hasilnya nanti.

Dalam satu video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa perubahan susunan gigi yang ketara selepas memakai pendakap gigi.

Video tersebut telah mendapat lebih 2 juta tontonan di Twitter. Ianya agak menarik kerana daripada gigi yang tidak tersusun rapi menjadi amat sempurna selepas memakai pendakap gigi.

Sumber: @OregonProgress

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.