Siakap Keli

3 Pelancong Disyaki Dijangkiti Koronavirus Di Bali

Hospital Sanglah yang terletak di Bali telah mengesahkan bahawa 3 orang pelancong asing disyaki dijangkiti dengan novel koronavirus dari China.

Pengarah Hospital Sanglah, Sudartana, menyatakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah merupakan warga Mexico manakala 2 orang lagi berasal dari China. Hasil ujian makmal yang dilakukan ke atas warga Mexico tersebut mengesahkan bahawa dia bebas daripada virus terbabit.

“Pelancong dari Mexico ini pernah berkunjung ke China. Simptom awal yang ditunjukkan olehnya adalah demam. Dia telah datang ke hospital dengan sendiri, dan hasil ujian makmal yang dilakukan ke atasnya adalah negatif. Dia sudah dibenarkan pulang,” ujarnya kepada CNBC Indonesia.

Sementara itu, keputusan ujian makmal bagi pelancong dari China itu pula masih belum diterima lagi.

“Hasil ujian makmal mungkin boleh dapat diketahui petang ini. Semoga ianya negatif,” tegasnya.

Tambahnya lagi, Hospital Sanglah sudah bersiapsiaga bagi menghadapi situasi seperti ini. Ini kerana, hospital tersebut mempunyai ruang pengasingan khusus bagi menangani jangkitan virus ini.

“Ada 6 bilik. Kami selalu bersiap sedia dengan situasi seperti ini,” katanya.

Sehingga kini wabak virus tersebut telah dilaporkan meragut sebanyak 26 nyawa dan kes baharu dicatatkan semakin meningkat. Beberapa bandar di China juga turut dilaporkan dikuarantin bagi menyekat wabak ini daripada tersebar dengan lebih meluas.

Sumber: CNBC Indonesia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.