Siakap Keli

Bandar Ketiga Di China Terjejas Wabak Koronavirus, 20 Juta Penduduk Disekat Keluar

China telah menghentikan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar ketiga apabila koronavirus semakin merebak di kebanyakan tempat.

Pihak berkuasa di Ezhou telah menghentikan tren, bas dan kereta api bawah tanah dalam usaha untuk membendung penyakit baharu yang misteri sehingga membunuh 17 orang rakyat di negara itu.

Bandar Huanggang juga menghentikan operasi pengangkutan dan menyeru supaya wayang, kafe internet dan pusat hiburan lain ditutup.

Sejumlah 20 juta orang dianggarkan dihalang daripada memasuki bandar-bandar di kejiranan itu susulan arahan kuarantin telah dikeluarkan.

Ibu kota Beijing pula memperlihatkan beberapa majlis-majlis utama bagi orang awam telah dibatalkan agar mengelakkan orang ramai bercampur dan menyebarkan virus tersebut.

Pegawai-pegawai China telah memberi amaran bahawa virus tersebut boleh bermutasi dan mengundang maut kerana ia lebih mudah tersebar.

Sumber: Metro.Uk

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra