Siakap Keli

“Dia Buat Apa Pulak Kat Situ”, Foto Makhluk Berambut Panjang Sempat Menyelit “Photoshoot” Pengantin Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi trend pada masa kini bahawa setiap pasangan pengantin pastinya akan mengabdikan hari bahagia mereka dalam bentuk gambar mahupun video bagi menyimpannya untuk dijadikan sebagai memori indah.

Bagi memastikan kenangan terindah itu dirakamkan dengan sempurna, pasangan raja sehari ini pastinya akan menggunakan khidmat jurugambar yang berpengalaman bagi mendapatkan hasil yang berkualiti serta sempurna.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang jurugambar bernama Ijoy Salute Bendang ini, dia tidak menyangka bahawa satu gambar yang diambil olehnya semasa sesi outdoor photoshoot itu telah berjaya merakamkan satu lembaga yang tidak disengajakan semasa dia menjalankan tugasnya sebagai seorang jurugambar perkahwinan.

Gambar tersebut telah didakwa diambil di dalam satu bilik di kawasan pelancongan. Pada hari kejadian, dia tidak menyedari langsung akan kewujudan lembaga tersebut sehinggalah proses editing hendak dilakukan.

Ketika sedang meneliti gambar-gambar yang mahu disunting, dia terkejut selepas mendapati bahawa terdapat penampakan di sebuah gambar yang ditangkapnya itu.

 

Gambar tersebut menunjukkan penampakan satu lembaga yang berambut panjang berpakaian serba putih sedang berdiri di belakang pasangan pengantin tersebut. Menurutnya, kejadian tersebut merupakan pengalamannya yang kedua sepanjang bergelar jurugambar.

“Baru nak edit-edit, baru rasa nak jadi sikit, baru perasan yang ‘hakak’ baju putih rambut panjang tu buat apa pulak kat situ. Dah tak jadi nak edit. haih laa, 2nd time kena,” ujarnya.

Menurut beberapa netizen, lokasi tersebut sememangnya agak keras.

Beberapa netizen lain juga turut berkongsikan gambar mereka yang menampakkan kelibat lembaga ini di lokasi yang sama

Perkongsian yang dibuat oleh jurugambar itu sehingga kini telah menjadi tular dan telah dikongsi sebanyak lebih dari seribu oleh pengguna Facebook.

Sumber: Ijoy Salute Bendang

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.