Siakap Keli
Kredit Foto: China Press

Foto Anak OKU Cacat Mental Gigih Jaga Ibu Tua Telantar Sakit, Tolong Tukar Lampin Buat Hati Sebak

Begitu besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang ibu demi membesarkan anak-anaknya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan kehidupan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Seorang ibu boleh membesarkan 10 anak, namun sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Seorang ibu yang berusia 90 tahun terlantar sakit dijaga oleh anaknya yang berusia 50 tahun dan mengalami masalah kecacatan mental sejak kecil lagi.

Dia menganggap menjaga ibunya yang sedang sakit merupakan tanggungjawabnya kerana ibunya telah bersusah payah membesarkan dirinya sejak kecil lagi.

Menurut laporan media Vietnam, wanita ini mempunyai 5 orang anak namun dua daripadanya telah meninggal dunia manakala dua lagi sudah mendirikan rumah tangga.

Kredit Foto: China Press

Selepas melihat keadaan ibunya yang sudah tidak berupaya menguruskan diri sendiri, dia telah menggalas tanggungjawab tersebut untuk menjaga ibunya.

Baginya, kini merupakan saat untuk dirinya membalas segala jasa ibunya yang selama ini telah menjaga dan menguruskananya sejak kecil lagi.

Setiap hari, dia akan pergi ke pasar untuk mengutip sampah bagi mendapatkan wang untuk membeli barang-barang keperluan untuk dimasak serta membeli segala keperluan ibunya.

Kebiasaannya dia akan ke pasar pada waktu pagi ketika ibunya masih tidur dan segera pulang untuk memastikan ibunya selamat di rumah.

Kredit Foto: China Press

Selain daripada menyediakan makan dan minum untuk ibunya, dia juga turut membantu ibunya membersihkan diri serta menukarkan lampin untuk ibunya.

Sikap bertanggungjawab lelaki ini perlu diberi pujian dan harus dibanggakan kerana dia sanggup menggalas tugas menjaga ibunya yang sakit walaupun dirinya sendiri mengalami masalah kecacatan mental.

Sumber: China Press

Siti Natrah Jusof