Siakap Keli

“Ibu Sempat Bisik Syahadah,” Adik Atikah Meninggal Dunia Dalam Pangkuan Ibu Kerana Hidap Kanser

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada ibu bapa yang sanggup berpisah dengan anak yang masih kecil, namun tiada juga yang sanggup melihat anak kecil mereka menderita dengan penyakit yang kronik.

Ikuti luahan seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kanser.

Anakda Nor Atikah binti Mohd Anuar, sudah pergi meninggalkan kita. Adik pergi ke dunia abadi pada pukul 3.46pm semalam. Banyak hari adik taknak orang ganggu. Adik taknak disentuh, sampai ibu takut nak riba adik.

Tetapi, semalam adik relakan jugak ibu riba adik, masa ibu ambik riba dipangkuan, tubuh adik lemah longlai. Nafas adik lain macam, bahu adik jatuh. Ibu panik siapkan apa yang perlu nak pergi hospital.

Masa on the way nak pergi hospital HTA, adik meninggal dalam pangkuan ibu. Ibu sempat bisik kat adik kalimah syahadah, ibu halalkan susu ibu dkat adik. Selepas itu, tu adik dah tak bernafas. Ibu check nadi adik, memang dah takda. Ibu abah panik dalam kereta. Abah drive laju sampai hospital.

Masa sampai dkt amergency, doktor dah tunggu nak sahkan adik. Check nadi adik semua, memang adik dah tiada. Doktor datang peluk ibu. Ibu sabar ye.

Pakaian adik yang terakhir akn ibu simpan buat kenangan. Alhamdulillh proses pengurusan ank syurga ibu memang cepat. Semua orang membantu ibu. Semua orang nak tengok adik. Muka adik cantik sangat.

Jenazah adik dimandikan di Masjid Besar AL mukarramah Bandar Sri Damansara.

Adik selamat dikebumikan lepas maghrib pada 22/1/2020 di tanah perkuburan kota Damansara..

Buat saudara kat Kelantan, maaf Ain terpaksa uruskan adik dekat sini taknak bagi adik terseksa lebih lama sebab adik dah lama sakit.

Ibu sayang adik. Berehatlah adik, berterbangan adik di taman syurga dijaga malaikat dan nabi. Adik boleh berjumpa dengan Allah. Nanti adik tarik ibu dan abah masuk syurga sekali ye.

Sumber : Facebook Ain Khosim

Nurul Alia Ali