Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

NCOV : Jabatan Kesihatan Pantau Semua Pintu Masuk Sabah

Kota Kinabalu : Semua pintu masuk antarabangsa Sabah khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), akan dipantau dengan rapi bagi mengelakkan penularan penyakit Novel Koronavirus (nCoV).

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata pemantauan yang dilakukan adalah saringan suhu badan menggunakan pengimbas terma dan pemberian Kad Amaran Kesihatan kepada semua penumpang dari Wuhan, China.

”Jumlah saringan yang telah dilakukan sejak 5 sehingga 23 Jan 2020 melibatkan 4,003 penumpang dan krew yang telah menaiki penerbangan terus dari Wuhan, China. Sehingga kini, tiada penumpang dan krew yang dikesan demam, semasa proses saringan di pintu ketibaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, taklimat kepada semua agensi di KKIA berkaitan penyakit nCoV juga telah dilakukan oleh pegawai di Pejabat Kesihatan KKIA.

“Kakitangan di lapangan terbang yang mengesyaki penumpang yang sakit, terutama demam akan dirujuk kepada pegawai di Pejabat Kesihatan KKIA untuk verifikasi, pemeriksaan dan seterusnya akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit di Hospital Queen Elizabeth atau Hospital Wanita dan Kanak-kanak,” katanya.

Mengulas mengenai kes individu yang disyaki nCoV yang telah dimasukkan di sebuah hospital di Kota Kinabalu dan tular di media sosial semalam, Frankie Poon berkata keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV yang dijalankan ke atas kes disyaki tersebut, oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan ia negatif.

“Gejala yang dialami individu berkenaan adalah disebabkan jangkitan virus Influenza A dan dia kini telah beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.