Siakap Keli

Pelaku Dicari, Bangkai Kucing Ditemui Dengan Kaki-Tangan Dikerat, Muncung Dipotong

Sikap kucing yang manja sememangnya boleh menambat hati ramai sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menjaga kucing kesayangan mereka. Di sebalik pengorbanan oleh kebanyakan orang, masih ada segelintir manusia yang bertindak kejam terhadap haiwan tersebut.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, seekor kucing dipercayai telah dibunuh dengan kejam dan zalim. Perkara ini kerana bangkai kucing tersebut ditemui tanpa mempunyai keempat-empat kaki, tangan dan muncung.

Menurut Animal Malaysia, mayat kucing malang itu ditemui berhampiran dengan sebuah bengkel dan mereka sedang giat mengumpul maklumat terhadap kejadian itu.

Dalam usaha mengumpulkan maklumat mengenai perbuatan kejam tersebut, Animal Malaysia juga menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000.00 kepada pemberi maklumat yang berkualiti dan lengkap.

Penyaluran maklumat kepada Animal Malaysia boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp kepada nombor +601120901097 dan identiti pengadu akan dijamin terlindung sepenuhnya.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra