Siakap Keli

Saintis Dakwa Temui Kawah Asteroid Tertua, Berusia 2.2 Bilion Tahun Di Australia

Terdapat beberapa saintis telah mengenal pasti kawah asteroid tertua di Australia yang mungkin boleh memberi penjelasan bagaimana bumi beralih dari Zaman Ais.

Penyelidik memaklumkan asteroid terbabit melanda Yarrabubba di Australia Barat kira-kira 2.2 bilion tahun lalu hingga membentuk kawah yang berusia kira-kira separuh usia bumi.

Perkara tersebut dapat dikenalpasti apabila ujian mineral yang dilakukan keatas batu berkenaan. Para saintis menyifatkan ia sebagai penemuan yang menarik.

Penemuan itu dikatakan mampu memaparkan peristiwa pemanasan ketika era tersebut.

Kawah tersebut juga dikatakan telah ditemui di kawasan pendalaman pada 1979, namun tiada kajian dilakukan oleh ahli geologi untuk menentukan usia sebenar kawah tersebut.

Hakisan sejak berbilion tahun lalu menyebabkan kawah tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan saintis perlu memetakan impak pada kawasan medan magnet untuk mengesahkan diameter berukuran 70 kilometer terbabit.

Menurut Profesor Chris Kirkland, landskap itu sangat rata kerana usianya berbilion tahun, namun batuannya mempunyai ciri tersendiri.

Tambahnya, mereka dapat mengira usia sebenar kawah tersebut berdasarkan kristal pada batu itu yang mengandungi sejumlah kecil uranium yang merosot pada kadar konsisten.

Ia berusia 200 juta tahun lebih tua berbanding impak struktur, Vredefort Dome di Afrika Selatan.

Para Saintis tertarik dengan kawasan itu kerana landskap Australia Barat adalah sangat usang dan kajian yang dilakukan itu menemukan kawah tersebut sudah berusia berbilion tahun.

Sumber: CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)