Siakap Keli
Foto: Dr Taufiq Razif

Sayu Hati, Ini Keadaan Terkini Di Kem Pelarian Syria Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam keadaan dunia yang diselubungi dengan kehadiran virus Koronavirus, pernahkah anda terlintas difikiran tentang keadaan di Kem Pelarian Syria?

Ya, mereka kini dalam keadaan kesejukkan yang melampau.

Perkongsian mengenai keadaan terkini rakyat Syria dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif bersama rakan-rakannya menceritakan tentang kehidupan masyarakat di sana melalui laman Facebook miliknya.

Ni gambar terkini keadaan di Kem Pelarian Syria di sempadan Lubnan-Syria. Sayunya hati saya.

Saya sayu sebab saya sendiri dah sampai ke kem ni dan ramai anak anak kat dalam kem ni tak ada stokin dan tak ada baju sejuk pun untuk panaskan badan dan kaki mereka!

Allah. Macam mana mereka nak hadapi musim sejuk ni. Rumah mereka pun daripada plastik dan guni je. Makin sejuk adalah kat dalam rumah sebab rumahnya macam perangkap suhu.

Saya boleh kata, rumah mereka sekarang lebih sejuk daripada peti ais di dalam rumah kita. Suhu di sana sekarang – 6°c dan di dalam khemah khemah yang anda tengok sekarang penuh dengan anak anak yang tengah peluk mak dan ayah dia untuk memanaskan badan.

Tolong tunjuk gambar dan cerita ni pada keluarga masing masing. Mereka semua perlu tahu keadaan sebenar di kem pelarian Syria. Kalau tidak mampu untuk hulur bantuan pun tak apa, asalkan semua orang tahu apa yang anak anak Syria sedang rasakan sekarang.

Ya Allah. Kuatkan anak anak Syria di sana Ya Allah.

Taufiq Razif

Saya pernah ke kem di dalam gambar ni. Saya buka sarung tangan untuk merasai apa yang anak anak Syria ni rasai. Saya hanya mampu bertahan 20 minit sahaja tanpa sarung tangan di kem sana. Selepas 20 minit, jari jemari saya mulai kebas.

Sebak.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra