Siakap Keli
Kredit Foto: Daily Mail

Selepas Tembok Besar, Disneyland Shanghai Pula Ditutup

Negara China pada masa kini ibarat sedang ‘lumpuh’ apabila pihak berkuasa dan peniaga terpaksa menutup tempat pelancongan dan sistem pengangkutan awam dalam usaha untuk mencegah penyebaran koronavirus yang sekurang-kurangnya telah membunuh 26 orang.

Peristiwa yang mengerikan ini juga memperlihatkan sebahagian dari tembok besar China dan Disneyland di Shanghai telah ditutup kerana pihak berkuasa sangat berusaha untuk menghentikan orang ramai menyebarkan koronavirus di samping dalam fasa ketakutan kerana lebih dari 10 ribu orang dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Kira-kira 14 bandar yang menjadi kediaman bagi 40 juta penduduk dilaporkan mengalami kekacauan dalam dua hari yang lalu serta pengangkutan awam dihentikan dan jalan ditutup.

Shanghai Disney Resort berkata di dalam laman webnya bahawa ianya sebagai tindak balas terhadap pencegahan dan kawalan wabak penyakit.

“Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan tetamu dan pelawat kami, Shanghai Disney Resort menutup Shanghai Disneyland dan Disneytown buat sementara waktu.

“Kami akan terus mengawasi keadaan dengan teliti dan mengumumkan tarikh pembukaan semula pengesahan,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.