Siakap Keli

Wanita Ada Simptom Virus Makan Ubat Turun Suhu Semata Nak Terbang Ke Paris Jumpa Kekasih

Wabak koronavirus terus merebak di China sehingga pihak berkuasa di sana mengambil keputusan untuk membina hospital baharu bagi memuatkan orang ramai yang dijangkiti virus tersebut.

Tidak hanya di China, koronavirus juga telah merebak di beberapa buah negara lain termasuk di Taiwan, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Jepun serta terbaharu di Singapura.

Bagi mengelakkan virus terus merebak, warga China sendiri digesa tidak keluar dari negara dan melancong ke negara lain. Mereka dinasihatkan akan berkurung di dalam kediaman masing-masing.

Pun begitu, seorang wanita dipercayai dari Wuhan telah memuat naik satu posting di Wechat mengatakan telah demam dan batuk namun berjaya ‘terbang’ dan memasuki negara Perancis untuk berjumpa dengan teman lelakinya.

Wanita itu berkata dia mengambil ubat antiperitik untuk menurunkan suhu badannya dan berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di lapangan terbang.

Menerusi posting  di Wechat, wanita itu dilihat sedang menikmati percutiannya dan berseronok bersama rakan-rakannya di sebuah restoran mewah di bandar Lyon.

Tindakannya itu membuatkan rata-rata tidak berpuas hati dan menyifatkan tindakannya seperti penting diri.

Menurut agensi berita Hong Kong, Kedutaan Besar China di Perancis telah dibanjiri panggilan telefon dan email dari rakyat China yang mengatakan bahawa seorang wanita dari Wuhan telah ‘terlepas’ masuk ke Perancis.

Pihak Kedutaan Besar China juga telah menghubungi wanita tersebut dan memintanya untuk ke hospital yang terdekat bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Sumber: Sinchew, Setn

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra