Siakap Keli

Wanita Maut Selepas Doktor Dipercayai Cabut 10 Batang Gigi

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas 10 batang giginya dicabut, dalam kejadian yang berlaku di Britain.

Doktor yang bertugas merupakan seorang doktor gigi di klinik tersebut telah dilarang bekerja selama satu tahun.

Wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan telah mengalami pendarahan selepas gusinya bermasalah sebelum doktor mencabut giginya dalam sesi dua rawatan yang berasingan.

Walaubagaimanapun, beberapa jam selepas sesi kedua, wanita tersebut rebah di rumah sebelum meninggal di hospital.

Doktor Patel digantung tugas kerana dilaporkan tidak mengikut prosedur perubatan yang betul sehingga menyebabkan kematian.

Sumber : Daily starĀ 

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)