Siakap Keli
Kredit Foto: Islam Itu Indah

Isteri Kesal Kecurangan Suami Terbongkar Sebaik ‘Pergi’, Anak Jadi Mangsa Pelepas Dendam

Rumah tangga setiap orang akan dihujani dengan ujian yang berbeza sehingga terkadang tidak mampu untuk ditempuhi.

Kesetiaan pasangan dalam sesebuah perkahwinan menjadi pengikat hubungan dan akan musnah jika tidak dijaga dengan sebaiknya.

Kisah yang dikongsikan di dalam page Kisah Rumah Tangga ini membuka mata mengenai kesetiaan seseorang pasangan. Tidak jujur dan berterus terang akan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menjejaskan kehidupan.

Saya tak dapat terima kematian suami saya sebab saya rasa saya hilang tempat bergantung

Salam min. Hide fb kawan saya yer. Mungkin cerita yang share agak panjang tapi saya menggunakan entry ini untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hidup saya. Maafkan saya terlebih dahulu. Saya diuji dengan kematian suami. Saya ada 2 orang anak yang berumur 7 dan 1 tahun. Saya tak dapat terima kematian suami saya sebab saya rasa saya hilang tempat bergantung.

Dari A hingga Z kecurangan arwah terpampang

Saya anggap suami saya hero saya..sayang pada saya dan anak2..setia pada saya..tapi Allah menguji saya lagi selepas 2 minggu kematian arwah, saya terdetik untuk bukak fon arwah dan dari situlah segalanya bermula..dari A hingga Z kecurangan arwah terpampang..berkongsi gambar2 yang tidak senonoh dan pernah bawak balik perempuan lain di rumah semasa ketiadaan saya. Saya terduduk dan meraung sekuat hati.

Saya benci sehingga saya langsung tak melawat kubur arwah

Saya bertanya kepada Allah..kenapa menguji saya sebegini..kenapa harus saya tahu segalanya selepas arwah sudah tiada..dari perasaan merindui arwah bertukar kepada kebencian yang teramat sangat. Saya rasa dikhianati dan tertipu. Saya putuskan hubungan dengan mertua saya. Saya pindah dari rumah yang saya sewa dengan suami, segala tentang suami saya benci sehingga saya langsung tak melawat kubur arwah..tapi ada satu yang selalu ingatkan saya pada arwah..wajah anak sulong saya sangat miripkan arwah hingga saya terlupa yang saya sudah lepaskan kemarahan pada anak yang tidak bersalah.

Tetap tak dapat menatap wajah anak sulong

Saya selalu marah dan sebut dia sama sahaja seperti arwah..anak mintak untuk melawat kubur saya tak benarkan..saya buang semua gambr arwah dan tak benarkan anak saya ingat pada arwah. Ya Allah kejamnya saya waktu itu. Keadaan berlarutan dengan hidup saya yang sentiasa stress memandangkan selepas ketiadaan arwah saya mula bekerja dan memikul segala tanggungjwab. Saya mula menjadi seorang yang garang..tapi saya tetap tak dapat menatap wajah anak sulong saya. Saya akan mengelak jika dia nak bermanja dengan saya.

Pada satu hari, ibu kepada kawan anak saya telefon dan mintak cek beg anak saya jika2 ada termasuk buku sekolah anak dia yang hilang..saya pun tanpa berlengah terus bukak beg anak dan cari satu persatu hingga saya terjmpa satu buku yang saya teringin nak baca sebab kat kulit buku tu ada gambar kahwin saya yang entah bila dia curi2 amik sebelum saya musnahkan.

Saya bukak satu persatu dalam buku tu. Allah..seperti tersedar dari mimpi bila seorang anak kecik yang baru menginjak usia 8 tahun sekarang sudah boleh meluahkan apa yang terbuku..didoakan agar saya berubah menjadi ibu yang dulu seorang penyayang dan lemah lembut, apa yang buat saya sedih bila dia lukis gambar kubur dan setiap hari dia akan tengok gambar kubur tu konon2 dia melawat arwah.

Saya cium dia dan mintak maaf berkali2 pada dia dan saya berjanji akn menjaga dia sebaik mungkin

Waktu tu saya terasa saya sangat-sangat kejam..saya menahan sebak yang terasa sangat2 sakit dan terbayang wajah anak saya yang langsung tidak bersalah..dan dipenulisan terakhir anak saya, dia berdoa agar Allah tarik nyawa dia agar dia boleh berjumpa ayahnya..sebab dia tak nak susahkan saya..saya keluar mcm orang giler mencari anak saya seolah itu hari terakhir saya bersama dia..saya menjerit nama dia satu rumah..dia berlari mendapatkan saya dengan ketakutan sebab fikir dia ada buat silap..saya peluk dia..saya cium dia dan mintak maaf berkali2 pada dia dan saya berjanji akn menjaga dia sebaik mungkin.

Apabila kita ikhlas Allah akan memberikan ketenangan dalam hidup kita

Dia terus memeluk saya seolah2 sangat merindui saya. Mulai hari itu saya cuba memaafkan arwah dan hari ini saya sudah mampu tersenyum sebab saya sudah melepaskan satu beban besar dalam hati saya. Saya ikhlas maafkan arwah, ini adalah jalan hidup dan ketentuan allah buat saya. Tujuan saya berkongsi agar semua yang pernah ada rasa dendam, marah atau sesiapa sebaiknya kita maafkan saja dengan ikhlas. Apabila kita ikhlas Allah akan memberikan ketenangan dalam hidup kita. Sekarang saya sudah bahagia dengan anak2 saya.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra