Siakap Keli
Gambar: CNN/Change.org

Koronavirus: Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

Susulan kes pertama koronavirus melibatan 3 warga China yang masuk ke Malaysia, segelintir netizen menggesa kerajaan untuk menyekat kemasukan pelancong negara itu buat masa ini.

Satu petisyen dimulakan individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy untuk mengumpul tanda tangan 25,000 rakyat Malaysia untuk meminta kerajaan menghalang kemasukan pelancong China ke negara ini.

“Kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia. Jangan tunggu hingga ada rakyat Malaysia yang mati baru kerajaan ingin mulakan langkah berjaga-jaga,” tulisnya.

Seramai lebih 18 ribu orang telah menandatangani petisyen itu setakat 6.15 petang tadi. Petisyen berkenaan dipercayai dilancarkan kira-kira 5 jam tadi.

Sumber: Change.org

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.