Siakap Keli
Gambar: CNN/Bernama

Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan telah membuat sidang media mengenai kes pertama koronavirus di Malaysia yang melibatkan warga China yang memasuki negara ini melalui Johor.

Video siaran langsung berkenaan dihujani komen dari rakyat yang risau dan panik dengan penularan pantas wabak itu ke negara kita.

Lantaran itu, ramai netizen meminta pihak kerajaan agar menyekat kemasukan warga China buat masa ini bagi menyekat penyebaran wabak itu di Malaysia.

Menjawab pertanyaan wartawan mengenai sekatan terhadap pelancong China, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berkenaan tindakan selanjutnya.

Tarik pelancong melalui pengecualian visa

Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan ketibaan pelancong dari China dan India seramai 4 juta dan 1 juta orang tahun ini.

Pelaksanaan itu bakal dicapai melalui pengecualian visa 15 hari kepada pelancong dari kedua-dua negara berkenaan bermula awal tahun ini, kata Menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi seperti dilaporkan BERNAMA.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/537002803829140/

Sumber: KKM, BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.