Siakap Keli

(Video) Gempa Bumi Kuat Gegarkan Turki, Sekurang-Kurangnya 18 Maut & Lebih 100 Bangunan Dipercayai Runtuh

Sekurang-kurangnya 18 orang telah dilaporkan maut selepas gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud telah menggegar Turki sehingga menyebabkan lebih 100 bangunan dipercayai runtuh.

Lebih daripada 500 orang dilaporkan cedera dan 30 orang didakwa masih terperangkap di bawah runtuhan, ujar pihak berkuasa Turki. Pasukan penyelamat telah dikerahkan ke kawasan yang terjejas.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca, yang melawat kawasan terjejas menyatakan bahawa, seramai 13 orang telah terbunuh di Elazig, termasuk dua orang yang mengalami serangan jantung, manakala 5 orang lagi maut di Malatya. Sejumlah 553 orang dilaporkan cedera, termasuk 11 orang yang mengalami kecederaan serius.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerusi akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa, semua langkah telah diambil untuk “memastikan gempa bumi yang berlaku di Elazig dan beberapa daerah yang terkesan dapat diatasi dengan jumlah kematian yang minima”.

Gempa bumi tersebut telah menggegar daerah itu pada jam 9pm waktu tempatan di kedalaman 6.7km berhampiran dengan bandar Sivrice di wilayah timur Elazig. Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) menyatakan bahawa terdapat gempa susulan yang berukuran 5,4 magnitud dan 5.1.

Berikut adalah detik-detik ketika gempa bumi menggegar negara Turki:

BACA: Ibarat Nak Pilih Pasangan Hidup, 7 ‘Checklist’ Ni Boleh Bantu Anda Dapatkan ‘Partner’ Yang Ideal

Sumber: Independent

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.