Siakap Keli
Sumber: Twitter

(Video) Rakaman Doktor Dipercayai Hilang Sabar Gara-Gara Letih Rawat Mangsa Sampai Tak Dapat Sambut Tahun Baru Cina

Satu video yang tular mendakwa seorang doktor ‘hilang sabar’ ketika menjawab panggilan telefon di saat negara China masih bergelut dengan jangkitan Koronavirus.

Berdasarkan video tersebut, rakan seperjuangannya bertindak untuk menenangkannya ketika menjawab panggilan tersebut.

Ssetengah individu mendakwa doktor ini sedang meluahkan rasa letih merawat pesakit terlalu ramai sehinggakan tiada ruang untuknya pulang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga.

 

“Saya tak tahu apa yang dia cakap, tapi rasa kecewa itu dapat dirasai”

“Walaupun saya orang luar, agak takut dengan berita virus ini”

“Dia cakap ramai pesakit dan tiada bilik untuk mereka serta dia tak dapat pulang ke rumah sambut Tahun baru Cina “

Sumber: Twiiter Joyce Chan Ling

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra