Siakap Keli
Kredit Foto: Daily Mail

(Video) Tanda Penghormatan, Artis Lakar Gambar Koala Sepanjang Sebuah Pantai Di Australia

Seorang artis telah mencipta gambar koala yang menakjubkan menggunakan pasir sebagai penghormatan kepada berjuta-juta haiwan tersebut yang mati dalam krisis kebakaran hutan di Australia.

Lakaran pasir itu dipercayai dilihat di pantai Geelong, Victoria memperlihatkan seekor Koala kecil berpaut pada sebatang dahan pokok.

Menerusi page di Instagram, Breathe a Blue Ocean berkongsi gambar tersebut dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk memberikan kesedaran terhadap kehilangan besar hidupan tersebut.

Bilangan koala telah menjunam sebanyak satu pertiga dalam tempoh 20 tahun antara tahun 1990 dan tahun 2010 disebabkan oleh pemusnahan habitat, penebangan hutan, pemecahan, kereta dan anjing.

Disebabkan oleh pemusnahan habitat asli mereka, koala dijangka akan pupus menjelang tahun 2050.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra