Siakap Keli
Kredit: Google

6 Orang Kru Malindo Air Dikuarantin Selepas Naiki Penerbangan Dengan Pelancong China Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Kuala Lumpur, 26 Jan – Seramai 6 orang kru penerbangan Malindo Air dikuarantin sehingga 14 hari di Zhengzhou, China setelah menaiki penerbangan bersama seorang pelancong China yang disyaki terkena jangkitan koronavirus.

Menurut Malindo Air, kru terlibat menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Januari lalu.

“Malindo Air memantau situasi ini dengan dekat dan menyediakan bantuan diperlukan kepada kru dan pihak berkuasa China untuk meminimakan penyebaran koronavirus,” tulis laman itu.

Saringan penumpang terus diketatkan untuk semua penerbangan dari dan ke China.

“Semua penumpang China dari wilayah Hubei perlu menunjukkan sijil perubatan menunjukkan mereka sihat untuk terbang,” tambah Malindo Air.

Para penumpang boleh menghubungi khidmat pelanggan Malindo Air di [email protected] atau hubungi +603-7841 5388 (8:00am – 10pm) untuk membatalkan atau menukar plan penerbangan.

Sumber: Malindo Air

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: