Siakap Keli
Kredit: Google

Filem Train To Busan & World War Z Trending Di Twitter, Netizen Dunia Risaukan Koronavirus

Penularan wabak koronavirus dari Wuhan, China kini telah memasuki ke 14 buah negara antaranya Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Korea Selatan, Perancis dan Amerika Syarikat.

Virus ini membuatkan segelintir netizen dunia berasa panik dengan penyebaran ke berbagai negara serata dunia.

Terbaru, trending di laman Twitter kata kunci “Busan” dan “World War Z” susulan netizen dari serata benua menganggap krisis ini bagaikan dalam filem.

Mereka menyamakan situasi di China akibat serangan virus itu bagaikan serangan wabak zombie dalam filem tersebut yang bersedia menjangkiti orang lain di merata tempat.

“Train to Busan” versi Thailand

“Train to Busan” jadi nyata

Bukan “Train to Busan”, tapi “The Flu”

Lupakan “Train to Busan”, kita ada “Planes from Wuhan”

World War Z

Sebelum ini tular di laman sosial video didakwa pesakit koronavirus yang rebah di merata tempat secara tiba-tiba bagaikan di dalam filem.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.