Siakap Keli
Kredit: Google/Institut Virologi Wuhan

(Gambar) Bekas Perisik Israel Dakwa Makmal Kaji Senjata Biologi China Ada Di Wuhan

Beberapa portal global mendakwa bandar Wuhan yang diserang koronavirus sehingga membunuh 56 orang setakat hari ini mempunyai makmal khusus untuk mengkaji pelbagai jenis virus berbahaya.

Berdasarkan portal MEW Worldwide, kerajaan China telah membina makmal bio-keselamatan itu pada 2015 bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan wabak di negara berkenaan.

Kredit: Institut Virologi Wuhan

Makmal ini merupakan sebahagian persediaan setelah China dilanda wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh ratusan rakyatnya 17 tahun lalu.

Makmal Bio-keselamatan Kebangsaan Wuhan itu merupakan makmal Bio-Keselamatan Tahap 4 (BSL-4) yang dikhususkan bagiĀ mengkaji virus-virus amat berbahaya yang boleh membawa maut.

Menurut laman Consteril, terdapat 4 tahap makmal bio-keselamatan yang mempunyai pengkhususan tersendiri mengikut tahap bahaya organisma yang dikaji.

Makmal BSL-4 digunakan untuk mengkaji virus paling berbahaya yang tidak mempunyai vaksin seperti Ebola dan Marburg.

“Makmal BSL-4 amat jarang ditemui. Walaubagaimanapun, ia dibina di beberapa tempat di Amerika Syarikat dan seluruh dunia,” tulis laman itu.

Disebabkan ia digunakan untuk mengkaji mikrob eksotik yang amat berbahaya, jangkitan daripada virus di sini seringkali menyebabkan kematian dan tidak mempunyai vaksin atau penawar.

Lantaran itu, saintis yang menggunakan makmal itu perlu mematuhi prosedur teliti antaranya menukar pakaian sebelum masuk dan mandi selepas keluar makmal.

Mereka juga perlu dekontaminasi semua peralatan sebelum keluar serta memakai peralatan perlindungan lengkap satu badan dan sut khusus untuk mengelakkan kontaminasi atau keracunan.

Berbeza dengan makmal lain, makmal BSL-4 juga sering terisolasi dan diletakkan di bangunan berbeza di kawasan dengan akses terhad.

Fasiliti itu juga mempunyai sistem dekontaminasi dan saluran vakum tersendiri.

*dekontaminasi = proses menjadikan individu, objek atau persekitaran bebas daripada racun atau bahan radioaktif (DBP)

Rancangan China bangunkan lebih banyak makmal virologi

Menurut laman Nature, kerajaan China merancang untuk membina antara 5 hingga 7 buah makmal BSL-4 seluruh negara menjelang 2025.

“Sebagai persediaan menghadapi ancaman biologikal, saintis perlu mengkaji patogen berbahaya untuk membangunkan cara berkesan untuk menghalang, mendiagnosis dan merawat penyakit akibat patogen,” kata Dr Han Xia, Profesor Madya di Institut Virologi Wuhan, Akademi Sains China.

Kredit: Institut Virologi Wuhan
Kredit: Institut Virologi Wuhan

Institut berkenaan turut didakwa menjadi bank virus terbesar di Asia.

AS dakwa makmal digunakan untuk bangunkan senjata biologikal

Berdasarkan laporan Washington Times, bekas perisik tentera Israel yang mengkaji taktik peperangan biologi China, Dany Shoham mendakwa institut virologi itu dikaitkan dengan usaha Beijing untuk membangunkan senjata perang biologikal.

Menurutnya, makmal tertentu di institut itu mungkin digunakan untuk mengkaji dan membangunkan senjata biologikal secara rahsia.

Shoham memegang ijazah kedoktoran perubatan mikrobiologi dan merupakan penganalisa senior perisikan ketenteraan Israel untuk taktik perang kimia dan biologikal di Timur Tengah dan seluruh dunia.

Sehingga hari ini, koronavirus telah menjangkiti kira-kira 2000 orang dengan 56 kematian, lapor South China Morning Post.

Sumber: MEW Worldwide, Consteril, Nature, Washington Times, South China Morning Post, Wuhan Institute of Virology

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.