Siakap Keli
Kredit: Google

Hong Kong Kesan Kes Ke-6, Bakal Perketat Kawalan Sempadan Negara

Hong Kong – Kerajaan Hong Kong mengesahkan kes keenam koronavirus melibatkan warga tempatan yang kedua dijangkiti virus itu.

Pesakit itu didakwa baru pulang dari Wuhan menaiki kereta api laju dan mempunyai simptom demam sebelum disahkan positif koronavirus.

Mangsa merupakan warga negara kedua disahkan dijangkiti virus dari enam kes di negara berkenaan.

Menteri kesihatan tempatan berkata kerajaan sedang mencari jalan sama ada mereka perlu mengetatkan kawalan di sempadan termasuk memendekkan jam operasi di pintu masuk negara.

Walaubagaimanapun katanya, menutup pintu masuk negara secara keseluruhan adalah tidak praktikal.

“Kerajaan akan meningkatkan kawalan di pintu masuk, tapi kami juga akan mencari langkah yang tepat dari masa ke masa,” kata Setiausaha Makanan dan Kesihatan, Profesor Sophia Chan Siu-chee kepada media tempatan.

Sumber: South China Morning Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.