Siakap Keli

Koronavirus: Angka Kematian Meningkat Kepada 56 Orang

Ketika pihak berkuasa dan pegawai kesihatan sedang berjuang membendung wabak koronavirus daripada tersebar, angka kematian di China akibat daripada wabak itu terus meningkat.

Setakat ini, sejumlah 56 orang telah dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh novel koronavirus yang berlaku di China, ujar pegawai kesihatan pada Sabtu. Lebih dari 1,900 kes positif turut dilaporkan terjadi di seluruh negara itu.

Menurut agensi berita China, Xinhua, seramai 237 orang pesakit dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Petugas kesihatan di Wuhan menyatakan bahawa bekalan perubatan di hospital semakin berkurangan susulan daripada bilangan pesakit yang semakin meningkat.

Kerajaan China mengumumkan 1,200 petugas kesihatan serta 135 kakitangan perubatan tentera China bakal dikerahkan bagi meningkatkan usaha dalam mengawal virus tersebut daripada tersebar.

Sambutan Tahun Baru Cina yang juga merupakan musim perayaan paling penting di negara China telah banyak memberi kesan kepada Beijing, Hong Kong dan bandar-bandar besar yang lain susulan daripada penularan virus itu. Hampir 60 juta orang dilaporkan terkandas dipercayai akibat sekatan oleh kerajaan di wilayah Hubei.

Kebanyakan kes yang telah disahkan hanya terjadi China, manakala sekurang-kurangnya 13 negara lain dilaporkan mencatatkan kes pertama. Antara negara-negara tersebut adalah Perancis, Australia dan Amerika Syarikat.

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.