Siakap Keli

Koronavirus: China Kuatkuasa Sekatan Halang Rakyatnya Melancong Ke Luar Negara

Kerajaan China bertindak menghalang rakyatnya daripada melancong ke luar negara bagi mengelakkan penyebaran koronavirus.

Menurut The New York Times, kerajaan China pada Sabtu menyatakan bahawa mereka akan menggantung semua kumpulan pelancongan dan penjualan tiket penerbangan serta pakej hotel bagi rakyatnya yang menuju ke luar negara, berkuatkuasa mulai Isnin.

Persatuan agensi pelancongan China memaklumkan bahawa kumpulan pelancong yang sedang melancong ketika ini boleh meneruskan perjalanan mereka namun perlu dipantau dengan teliti berkenaan dengan tahap kesihatan para pelancong ini.

Langkah ini sedikit sebanyak mungkin boleh memberi kelegaan kepada negara-negara lain yang sedang giat memperketatkan kawalan ke atas pelancong China yang menunjukkan simptom jangkitan seperti demam dan sebagainya.

Kesemua mangsa yang maut akibat dijangkiti dengan virus ini adalah rakyat China. Walau bagaimanapun, terdapat pelancong yang didapati dijangkiti telah menyebarkan virus maut ini ke tempat lain.

Sehingga ke hari ini, terdapat sejumlah kes yang disahkan positif dilaporkan berlaku di Australia, Malaysia, Nepal, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Perancis serta Amerika Syarikat.

Sumber: The New York Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: